Seorang lelaki memakai pelitup muka ketika melalui kawasan beli-belah di Tokyo. foto Reuters

TOKYO – Kerajaan Jepun mahu menambah daerah di Hokkaido, Okayama dan Hiroshima di letakkan dalam darurat Covid-19 bermula Ahad ini.

Negeri-negeri darurat kini meliputi 40% populasi Jepun.

Kerajaan daerah Gifu juga mahu Kerajaan Pusat memasukkannya dalam darurat.

Sebagai tambahan, kerajaan akan menambahkan wilayah Gunma Ishikawa dan Kumamoto dalam tindakan intensif atau kategori “keadaan darurat”.

Kerajaan Jepun mengisytiharkan keadaan darurat di Tokyo, Osaka, Kyoto, dan Hyogo pada 23 April lalu, yang pada awalnya dijadualkan akan ditarik balik pada 11 Mei.

Keadaan darurat ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah perjalanan semasa cuti Minggu Emas negara ini pada awal Mei.

Pemerintah Jepun kemudian memanjang tempoh darurat pada 7 Mei dan menambah wilayah Aichi dan Fukuoka mulai hari Rabu lalu.

Tempoh darurat yang baharu akan berlangsung sehingga 31 Mei ini.

Dalam keadaan darurat sekarang, pemerintah meminta gedung membeli-belah dan pusat membeli-belah besar ditutup kecuali yang menawarkan barang keperluan harian dan acara tidak mempunyai penonton secara langsung.

Di bawah lanjutan itu, kerajaan meminta pusat dan gedung beli-belah ditutup pada pukul 8 malam dan acara yang tidak mempunyai lebih daripada 5,000 hadirin berakhir pada jam 9 malam. – MalaysiaGazette