Agong decree The Perikatan Nasional (PN) government is aware of the opinion of Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah as communicated through a statement by Istana Negara on 16 June 2021.
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Malaysia dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menghentikan serta-merta kekejaman Israel ke atas Palestin yang merupakan satu jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan serangan rejim Israel ke atas Palestin merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam PBB.

Namun beliau kesal sehingga kini Majlis Keselamatan PBB belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi terkini di Palestin yang telah mengorbankan 119 rakyat Palestin dan mencederakan ratusan yang lain lantaran bangkangan daripada Amerika Syarikat.

“Walaupun begitu Malaysia akan terus berusaha menyeru komuniti antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin,” katanya dalam perutusan khas mengenai isu Palestin yang disiarkan Bernama TV dan stesen penyiaran lain hari ini

Muhyiddin menegaskan sesungguhnya perbuatan keji lagi terkutuk tentera Israel ini, khususnya pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda, tanpa sebarang timbang rasa dan belas kasihan mesti dikecam sekeras-kerasnya seluruh dunia. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Malaysia dan Indonesia kena hantar tentera pengaman di sana untuk mewakili OIC, Asian dan PBB.

Comments are closed.