Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.Foto AFFAN FAUZI, 15 MAC 2021.

GOMBAK – Polis tidak memilih bulu atau dwi standard dalam melaksanakan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sepanjang sambutan hari Lebaran di setiap rumah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe menidakkan dakwaan dan kecaman warga netizen dalam media sosial kononnya polis dan pasukan pemantauan  SOP hanya memantau rumah-rumah orang biasa semasa sambutan Aidilfitri sejak 13 Mei lalu.

Beliau menegaskan polis tidak pernah berat sebelah dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga keamanan dan keharmonian rakyat dan masyarakat di daerah Gombak.

“Ada netizen komen kenapa kita hanya pegi buat pemantauan di rumah orang biasa, bukan rumah orang kaya.

“Sebenarnya kita ronda semua, rumah biasa, atau rumah mewah, dari rumah kampung hingga ke rumah banglo, tanpa memilih bulu.

“Ini kerana virus Covid-19 juga tidak memilih bulu, kaya atau miskin semua terdedah kepada serangan virus,” katanya hari ini.

Walaupun dikritik dan dimaki rakyat tanpa soal periksa dengan teliti, Arifai menegaskan  polis IPD Gombak akan tetap melaksanakan tugas yang diamanahkan walaupun mereka juga terdedah dengan risiko jangkitan.

Tugas yang dipikul oleh polis adalah demi rakyat dan negara, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast