LONDON – Salah satu penaja Arsenal, Lavazza Group mahu menghubungi pengurusan besar the Gunners untuk mendapatkan penjelasan mengenai status posting pro-Palestin daripada pemainnya, Mohamed Elneny.
Awal minggu ini, Perancang Tengah Arsenal menyatakan sokongan tanda solidaritinya kepada rakyat Palestin yang terbunuh akibat pembedilan rejim Israel di Gaza akibat konflik.
Pemain itu menunjukkan solidaritinya dengan memuat naik beberapa keping gambar berkaitan Palestin dalam akaun Instagram dan Twitter peribadinya.
Tindakan itu mengundang kesan daripada salah sebuah syarikat penaja kelab Emirates itu.
Bersama gambar Masjid Al-Aqsa di Jeruselam, Elneny menulis: “Hati dan sokongan saya sentiasa bersama rakyat Palestin.”
“Palestin Lives Matter’ juga tertulis di bawah salah satu gambar yang dikongsi Elneny.
Namun Lavazza Group yang merupakan rakan penaja kopi kelab itu sejak tahun 2018 mendakwa posting Elneny tidak selari dengan kerjasama yang terjalin antara pihaknya dengan kelab England itu.
“Kandungan ciapan itu tidak selari dengan nilai syarikat kami dan Lavazza komited sepenuhnya terhadap Rasism dan antisemitism,” dakwanya.
Sementara itu, Arsenal berjanji pihaknya akan bercakap dengan Elneny supaya pemain itu akan memahami implikasi rentetan posting tersebut.
“Mana-mana pemain dan kakitangan kami berhak menyuarakan pandangan mereka dalam platform peribadi mereka tapi kami juga akan duduk bercakap dengan Elneny supaya dia memahami implikasinya.
“Sebagai kelab the Gunners komited melawan sebarang bentuk diskriminasi dan akan terus menjuarai isu kesaksamaan dan kepelbagaian dalam semua aspek kehidupan,” jelas jurucakap itu.-MalaysiaGazette
Penaja yg ada hubungkait dgn yahudi laknatullah tentu tk senang bila pemain menunjukkan solidariti kpd Palestin.
Botoh la penaja dn Arsenal