'India' akan ditempatkan di Cleveland Amory Black Beauty Ranch. foto Agensi

HOUSTON – India, seekor harimau yang hilang selama seminggu lalu setelah dilihat berkeliaran di sekitar kawasan Houston telah ditemui, kata polis.

Harimau Bengal yang berusia sembilan bulan itu dalam keadaan sihat.

Rakaman yang dikongsi di media sosial minggu lalu menunjukkan harimau itu berkeliaran di jalan-jalan di sebelah barat kota Texan.

Polis memberitahu, harimau itu akan dihantar ke tempat perlindungan haiwan.

Harimau itu dikesan di jalan raya pada 9 Mei lalu.

Apabila polis tiba di kawasan kejadian, seorang lelaki telah memasukkan haiwan itu dalam SUV miliknya dan berlalu pergi.

Polis cuba mengekori kenderaan itu tetapi gagal.

Lelaki yang dikenali sebagai Hugo Cuevas, telah ditangkap beberapa hari kemudian atas dakwaan cuba mengelak tangkapan.

Pada masa kejadian, Cuevas sudah diikat jamin atas tuduhan membunuh.

Peguam Cuevas telah menegaskan bahawa haiwan itu bukan miliknya tetapi memberitahu Associated Press melaporkan Cuevas sering terlibat dalam penjagaan harimau tersebut.

Lewat hari Sabtu, polis dalam sidang akhbar memaklumkan haiwan itu diserahkan kepada polis oleh isteri Cuevas.

Setakat ini tiada maklumat keberadaan haiwan itu ketika kehilangannya telah polis percaya ia selamat di beberapa rumah.

Komander Polis Houston, Ron Borza berkata: “Tidak mungkin, haiwan itu harus dimiliki di rumah anda. Haiwan itu sudah berusia sembilan bulan dan beratnya 175 paun (80kgs) – semakin dewasa, haiwan itu dapat mencapai 600 paun. Ia sudah mempunyai kuku dan ia boleh mendatangkan bahaya,”.

Harimau itu akan ditempatkan di kandang sendiri dengan kawasan berhutan dan kolam renang di Cleveland Amory Black Beauty Ranch. – MalaysiaGazette