Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan rekod kematian harian tertinggi Covid-19 hari ini dengan 45 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatat kematian tertinggi dengan 20 kes diikuti masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Kelantan, tiga di Kedah, Perak dan Johor sementara dua di Negeri Sembilan dan Melaka, serta satu kes di Pahang, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.

Kematian itu melibatkan individu-individu berusia antara 36 hingga 90 tahun, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada dua hari lepas, 44 kes kematian dilaporkan manakala semalam 36 kematian direkodkan.

Sementara kes baharu kembali meningkat dalam tempoh 24 jam lepas apabila 4,446 kes direkodkan hari ini berbanding 3,780 semalam.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: 4,446 kes hari ini, Selangor paling tinggi