logo polis
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menyiasat dakwaan satu insiden perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 mengenai satu sambutan hari raya diadakan beramai-ramai dalam sebuah rumah di Pelabuhan Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya mengesan insiden itu selepas rakaman video berkaitan majlis berkenaan tular di media sosial.

“Kita mengesan video di media sosial yang memaparkan sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan secara beramai-ramai di dalam sebuah rumah di kawasan Telok Gong, Pelabuhan Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis Klang Selatan telah menjalankan siasatan di bawah Per. 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP PKP.

Menurut Shamsul Amar, siasatan polis diteruskan untuk mengenal pasti kesemua individu serta penganjur majlis jamuan itu beserta tetamunya.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwaraya dalam kadar segera untuk tindakan lanjut (kompaun),” tegasnya.-MalaysiaGazette