Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Sistem penjagaan kesihatan di Lembah Klang kini berada di bawah tekanan yang amat besar ekoran peningkatan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mendedahkan keadaan penularan pandemik itu di Lembah Klang sangat kritikal.

“Para petugas barisan hadapan juga sudah penat dan kelesuan, sebagai rakyat di luar sana, bantu kami agar kami masih mampu untuk membantu anda jika dan bila masanya tiba.

“Duduk di rumah jika anda tidak mempunyai urusan penting di luar dan patuhilah prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan untuk mengawal penularan Covid-19,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, hospital Covid-19 telah meningkatkan jumlah katil Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pesakit dengan mengubah fungsi (repurpose) wad biasa.

Ia terpaksa mengurangkan peluang pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan di hospital.

“Sebanyak 79 peratus daripada jumlah katil ICU di hospital Covid-19 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diperuntukkan untuk kes Covid-19,” katanya lagi.

Tambah Dr. Noor Hisham lagi, jumlah kemasukan pesakit ke ICU termasuk yang disyaki dan kemungkinan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga telah meningkat sebanyak 94 peratus berbanding situasi dua minggu yang lalu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

6,075 kes baharu Covid-19, Selangor rekod 2,251 kes