SHAH ALAM – Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari menyifatkan kenyataan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bahawa Selangor menolak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya, sebagai separa tepat.
Katanya, keseluruhan aspek harus diteliti secara menyeluruh untuk mengimbangi kehidupan masyarakat supaya berjalan dengan baik serta kemampuan kerajaan untuk berdepan dengan kesan pelaksanaan PKP menyeluruh.
Beliau berkata, kuasa untuk menentukan PKP menyeluruh atau PKP yang lebih ketat adalah di bawah kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diketuai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Persekutuan.
“Namun begitu kerajaan negeri Selangor sememangnya memandang serius keutamaan kita untuk menjaga kesihatan dan unsur kehidupan masyarakat serta bagaimana kembali ke istilah mengimbangi kehidupan rakyat dan aspek keselamatan.
“Namun jika kita ditawarkan di antara dua tawaran itu atau dua pilihan, saya kira untuk menjaga nyawa diletakkan keutamaan,” katanya dalam sidang media khas hari ini.
Sehubungan itu kata Amirudin, kerajaan negeri Selangor menerima sekiranya kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk melaksanakan PKP secara menyeluruh atau penuh demi mengekang penularan wabak Covid-19.
Namun beliau berkata, PKP secara menyeluruh perlu dilaksanakan dengan rapi agar dapat mengurangi impak yang bakal dihadapi oleh rakyat khususnya.
“Selaras dengan kenyataan semalam dan juga pada hari ini, kerajaan negeri akan menerima PKP penuh sekiranya dilakukan dengan harapan ianya dilihat secara holistik, memerhati dan melihat aspek-aspek kehidupan yang lain seperti mereka yang terpnggir, kesihatan mental keadaan sosial dan sebagainya yang kita pelajari dengan cukup besar pada PKP yang pertama.
“Justeru saya rasa kita perlu jernihkan hal ini,” katanya.
Katanya, penjelasan itu penting supaya beberapa langkah dapat dibuat secara cekap dan menyeluruh.
Langkah itu menurut beliau termasuk dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), bantuan kewangan kepada B40, prosedur operasi standard yang jelas dan tidak berbolak-balik serta perancangan yang menyeluruh berkaitan saringan besar-besaran.
Penjelasan beliau itu menyusul tidak sampai dua jam selepas Dr Dzulekfly dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awan Negeri Selangor Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan bahawa kerajaan negeri menolak jika PKP secara menyeluruh dilaksanakan.
Menurut mereka, adalah memadai sekiranya SOP PKP yang sedang dilaksanakan ditambah baik beberapa aspek termasuklah melaksanakan saringan secara meluas dan mempercepatkan pemberian vaksin kepada penduduk di negeri tersebut.
Untuk rekod, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba baru-baru ini berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan PKP penuh dan lebih ketat di Selangor setelah melihat kes jangkitan Covid-19 di negeri itu masih lagi tinggi.
Kes harian positif Covid-19 di negeri itu pada hari ini adalah sebanyak 2,251.-MalaysiaGazette
Sampai 2 Doktor juru cakap pun tak tepat lagi. Letak jawatanlah pengerusi.
Faham2 je lah ‘suara’ Dap.. ekonomi lebih penting dr segalanya
yg dtg dri PH mmng semua bahalol sampai mereput