KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam berkaitan Palestin di TV1 jam 9 malam ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, forum bertajuk “Palestin: Dunia Menangis Keranamu” itu akan disiarkan secara langsung menerusi slot rancangan Forum Perdana selama satu setengah jam.
Kata beliau, Forum Perdana kali ini mengundang tiga ahli panel bersama dua aktivis kemanusiaan untuk membicarakan topik yang menyentuh keadaan semasa yang sedang melanda negara Palestin.
Barisan panel itu ialah Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan; Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Noor; Pendakwah, Roslan Mohamed; aktivis kemanusiaan, Nurheliza Helmi; dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Manakala moderator forum ialah pegawai JAKIM, Mohd. Hariri Mohamad Daud dan Nabil Ahmad.
Abdul Aziz berharap penganjuran forum itu akan memberi kefahaman kepada seluruh masyarakat mengenai isu yang sedang melanda umat Islam di Palestin.
“Selain itu, forum ini juga diadakan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin dan kita menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menonton program yang bermanfaat ini,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini. – MalaysiaGazette

















Bagus JAKIM ni, juga mereka2 yang dinyatakan dalam artikel diatas!
Berbanding dengan pemimin2 belaan @khadam2 sebuah parti rasis tempatan, sekali digertak Yahudi, mereka terus terkuchil dan menyorok didalam semak2 Gharqad? Mereka menjadi bergitu pengecut macam orang2 Yahudi?