Pengambilan vaksin Covid-19 adalah harus sebagaimana dipersetujui Ahli Muzakarah Kebangsaan - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan bersepakat dan bersetuju mengeluarkan pandangan bahawa hukum pengambilan vaksin Covid-19 adalah harus.

Penolong Pengarah Kanan, bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr. Hazlin Kadir@Shahar berkata, pengambilan vaksin Covid-19 itu juga wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

“Setelah penelitian dan pertimbangan dibuat dengan seadil-adilnya, maka ahli muzakarah bersepakat serta bersetuju mengeluarkan pandangan iaitu hukum pengambilan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazlin berkata, pengambilan vaksin perlu dilaksanakan demi memenuhi tanggungjawab mentaati pihak pemerintah yang sedaya upaya berusaha menjamin kesejahteraan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast