KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 yang direkodkan hari ini masih melepasi angka enam ribu iaitu 6,493 kes, berbanding 6,806 kes, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebooknya berkata, dengan pertambahan itu menjadikan keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 498,795 kes sejak wabak Covid-19 melanda tahun lalu.
Katanya, mengikut rekod kes positif di setiap negeri, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 2,163 kes (163,747), diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 641 (52,538), Sarawak 612 (40,871), Kelantan 467 (21,307), Kedah 434 (14,621), Johor 406 (52,937), Perak 382 (17,994), Negeri Sembilan 370 (21,874) dan Pulau Pinang 302 (25,004).
Manakala Melaka mencatatkan 165 kes (9,377), Pahang 161 (7,282), Sabah 144 (60,053), Terengganu 139 (6,516), Wilayah Persekutuan Labuan 84 (2,638), Wilayah Persekutuan Putrajaya 20 (1,626) dan Perlis tiga kes (410). – MalaysiaGazette
















