Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Setakat semalam, kadar penggunaan katil rawatan kritikal (ICU) pesakit Covid-19 di seluruh negara sudah mencapai kapasiti 83 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata situasi ini sekaligus memberi tekanan yang amat besar pada sistem kesihatan negara dan memerlukan bantuan orang ramai untuk putuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Berdasarkan statistik yang dikongsikannya menerusi laman facebooknya, sebanyak 11 buah negeri dan wilayah merekodkan penggunaan katil tinggi melebihi 70 peratus.

Antara negeri dan wilayah yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Sarawak, Putrajaya, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Sementara itu, terdapat sebanyak 32 hospital kerajaan di seluruh negara merekodkan penggunaan katil tinggi melebihi 70 peratus.

“Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Majikan diseru memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan mengehadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa,” rayunya.

Semalam, Malaysia sekali lagi merekodkan angka kes baharu sebanyak 6,806 tertinggi sejak pandemik melanda negara dengan angka kematian yaG tertinggi iaitu sebanyak 59 kes. – MalaysiaGazette