BAITULMAQDIS – Polis Israel menyerang warga Palestin di pekarangan Masjid Al-Aqsa, pencerobohan terkini ketika genjatan senjata antara Israel dan Gaza sedang dilaksanakan.

Polis melontar bom pemedih mata ke arah sekumpulan warga Palestin yang sedang berarak menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang cedera.

Kompleks Masjid Al-Aqsa terletak di dataran tinggi Bandar Lama yang dikenali Haram al Sharif.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld mendakwa warga Palestin mensasarkan pegawai polis dengan membaling batu dan memulakan langkah ‘rusuhan’. – MalaysiaGazette