Ihsan: Bomba

IPOH – Dua pekerja pembersihan terselamat selepas sebuah lori sampah milik syarikat swasta musnah dalam kebakaran di Jalan Besar Simpang, Taiping kira-kira 60 kilometer dari sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira pukul 4.50 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori sampah yang musnah sebanyak 60 peratus.

“Dua pekerja sedang bertugas mengutip sampah di kawasan tersebut semasa kejadian, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya yang tidak mendedahkan berkaitan umur dan status kewarganegaraan pekerja tersebut.

Beliau berkat,a operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 7 pagi tadi dan punca kejadian masih disiasat. – Bernama