Pasukan penyelamat sedang mengesan peserta perlumbaan rentas desa yang hilang di Yellow River Stone Forest, Gansu akibat cuaca terlampau sejuk. foto SCMP

BEIJING – Sekurang-kurangnya 21 orang peserta perlumbaan merentas desa terkorban ketika cuaca ekstrem melanda di kawasan pergunungan di barat laut China.

Angin kencang dan hujan sejuk dialami oleh para perserta yang terlibat dalam perlumbaan sejauh 100 kilometer (60 batu) di Yellow River Stone Forest, sebuah lokasi pelancongan di wilayah Gansu, lapor media kerajaan.

Perlumbaan dihentikan ketika beberapa daripada 172 pelari hilang, kata agensi berita Xinhua.

Mayat mereka ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada hari Ahad.

Namun, suhu turun lagi di kawasan pergunungan semalam, menyukarkan pencarian.

Lebih 1,200 anggota penyelamat dikerah ke tempat kejadian.

Setakat ini, seramai 151 pelari disahkan selamat dan lapan daripada mereka cedera.

Datuk Bandar Baiyin, Zhang Xuchen berkata, pasukan khas menyiasat insiden itu telah ditubuhkan.

Yellow River Stone Forest adalah kawasan seluas 50 kilometer (20 batu persegi) yang menampilkan tiang-tiang batu yang menakjubkan. – MalaysiaGazette