5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Angka kes positif Covid-19  terus menunjukkan peningkatan dengan hampir mencecah angka 7,000 apabila merekodkan sebanyak 6,976 kes setakat jam 12 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, angka itu  menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia ketika ini bertambah kepada 512,091.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah 57,022 kes dengan 681 positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 361 memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini jumlah kes Covid-19 yang sembuh ialah 3,587 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 452,821.

Daripada jumlah kes baharu itu terdapat 5 kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 6,971 , katanya dalam kenyataan media harian sebentar tadi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 49 kematian Covid-19 dengan jumlah kumulatifnya sebanyak 2,248  setakat hari ini. – MalaysiaGazette