Sebanyak 13 kluster baharu Covid-19 hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 24 kluster baharu membabitkan kluster tempat kerja, komuniti, keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu ini menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 556 kluster.

Manakala jumlah kluster yang telah tamat ialah sebanyak 1,469 kluster.

“Kluster tempat kerja yang dilaporkan adalah Jalan Kempas Dua (Johor), Persiaran Cassia Selatan Dua (Pulau Pinang), Jalan Bukit Puchong (Selangor, Petaling), Jalan Enam Selatan (Selangor, KL, Putrajaya, Negeri Sembilan), Industri Bukit Minyak (Pulau Pinang).

“Juga Kemuning Tujuh ( Selangor), Jalan Kilang Ubi (Pulau Pinang), Jalan Perindustrian Lima (Johor) dan Jalan Bandar Putra (Pahang),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain daripada kluster tempat kerja, kategori komuniti juga merekodkan angka tertinggi dengan di Simpang Juasseh (Negeri Sembilan), Jarum Laut (Johor), Bukit Temedak (Sarawak), Kampung Paroh (Terengganu), Jalan Mangga (Sabah), Kampung Jakar (Kelantan), Taman Sourabaya Indah (Sarawak) dan Kampung Panggong (Kelantan).

Mengulas lanjut, beliau berkata, kluster keagamaan membabitkan Permai Sejahtera (Pahang), Terendak Permai (Melaka), Dah Seri Perigi (Kedah), Taman Majupadu (Johor), Jalan Desa Satu (Selangor) dan Parit Dato Onn (Johor).

Tambah beliau, satu lagi kluster kumpulan berisiko tinggi di Jalan Temiang di Negeri Sembilan. -MalaysiaGazette