Mayat mangsa terjun Jambatan Pulau Pinang ditemui di perairan Pulau Aman hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pemandu e-hailing ditemui mati lemas selepas dipercayai selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 menghala pusat bandar hari ini.

Mangsa, Goh Soon Leng,56, dijumpai di perairan Pulau Aman iaitu sekitar 3.0 batu nautika dari lokasi mangsa disyaki terjun oleh sepasukan Polis Marin pada jam 4 petang tadi.

Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat pada jam 4 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, hasil temu bual pemilik kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza itu mendakwa mangsa yang bekerja sebagai pemandu e-hailing itu bapa saudaranya.

“Usaha mencari dan menyelamat dilakukan oleh pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri serta Maritim Malaysia dengan kekuatan empat bot.

“Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat pada jam 4 petang sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Shafee, kes setakat diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

ARTIKEL BERKAITAN 

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun Jambatan Pulau Pinang

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan penemuan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza dalam keadaan enjin masih hidup menjadi petunjuk kepada insiden seorang lelaki  terjun di Jambatan Pulau Pinang.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah hari daripada petugas peronda kawalan Jambatan Pulau Pinang berhubung insiden tersebut. – MalaysiaGazette