Sergio Aguero.

LONDON – Sergio Aguero akan menyertai Barcelona musim depan, kata Pengurus Manchester City Pep Guardiola.

Aguero, 32, akan meninggalkan Etihad selepas kontraknya tamat pada Jun ini.

Dia telah menjaringkan 260 gol dalam 389 perlawanan bersama Manchester City.

“Saya mungkin sudah bocorkan rahsia (Aguero ke Nou Camp), dia akan bermain dengan pemain terbaik sepanjang hayat, Messi.

“Saya sangat pasti dia akan terhibur dengan menyarung jersi the Catalans dan Barcelona mungkin akan bertambah kuat atas padang selepas ini,” katanya.

Aguero melakukan penampilan terakhirnya di stadium Etihad menentang Everton semalam dengan menjaringkan dua gol di aksi terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pakar Sukan La Liga Guillem Ballague 10 hari lalu mendedahkan bahawa Aguero sedang dalam perbincangan untuk berpindah ke La Liga.-MalaysiaGazette