Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta tidak membuat sebarang rumusan sendiri mengenai punca kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini supaya rumusan yang pelbagai itu tidak mengganggu penyiasatan yang sedang dilakukan pihak berwajib khususnya polis dan Prasarana.

Katanya, segala usaha sedang dibuat oleh Prasarana untuk memastikan perkhidmatan LRT pulih sepenuhnya.

Dalam insiden kira-kira jam 8.40 malam tadi, enam daripada 213 penumpang tren kritikal dan tiga lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.

Seramai 15 penumpang lagi berada dalam keadaan separa kritikal, manakala 43 orang lagi tidak kritikal dan semua mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kejadian dikatakan berlaku, apabila tren yang membawa 213 itu bertembung dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC dengan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji di laluan Kelana Jaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast