Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera parah selepas parah terlibat kemalangan jalan raya di hadapan rumahnya di Kampung Delek Kanan, Klang dekat sini semalam.

KUALA LUMPUR – Bahaya mengundang sekelip mata.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera parah selepas parah terlibat kemalangan jalan raya di hadapan rumahnya di Kampung Delek Kanan, Klang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian berlaku pukul 5.45 petang itu, mangsa dilanggar seorang pemandu wanita berusia 21 tahun yang menaiki Perodua Kembara.

“Semasa kejadian seorang kanak-kanak di Kampung Delek Kanan yang lari bersama beradiknya sebelum berhenti di tepi jalan sementara dua buah kenderaan lalu di hadapan mereka.

“Mangsa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan yang berdiri di tepi jalan melihat pergerakan kenderaan di kedua-dua arah sebelum secara tiba-tiba berlari melintas jalan.

“Ketika itu Perodua Kembara dipandu kerani  itu terkejut kemunculan kanak-kanak itu secara tiba-tiba melintas dan tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak yang terlalu dekat walaupun telah cuba untuk membrek kecemasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Shamsul Amar, akibat perlanggaran itu mangsa telah tidak sedarkan diri terlantar atas jalan raya.

Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan lanjut dan mengalami kecederaan organ dalaman yang parah.

“Mangsa mengalami pendarahan pada limpa dan kecederaan usus sebelum mangsa segera dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar,” katanya.

Manakala pemandu wanita itu tidak mengalami kecederaan dan kenderaannya mengalami kerosakan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala video insiden berdurasi seminit itu tular di media sosial menunjukkan kanak-kanak berbaju t-putih dan berseluar merah dan rambut tak diikat berdiri pantau di tepi jalan sebelum berlari melintas jalan secara tiba tiba sebelum bunyi perlanggaran itu berlaku.

Pemandu salah sebuah kenderaan yang diparki bersebelah tempat kemalangan itu menjerit meminta tolong sebelum beberapa penduduk kampung dipercayai ahli keluarga mangsa berlari ke arah mangsa untuk melihat keadaannya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast