Tsang Yin-Hung ambil masa kurang 26 jam untuk tiba ke puncak Gunung Everest. foto Agensi

CHINA – Pendaki dari Amerika Syarikat (AS) dan Hong Kong mencatat rekod baharuĀ  pendakian Gunung Everest minggu ini.

Arthur Muir, 75, menjadi orang Amerika tertua yang mendaki puncak tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848.86 meter (29.031 kaki) pada hari Ahad lalu, menurut kakitangan dari syarikat yang menganjurkan ekspedisi itu.

Secara berasingan, Tsang Yin-Hung, 45, Hong Kong, pula mencapai puncak gurung itu kurang dari 26 jam, waktu terpendek yang tidak pernah diambil oleh mana-mana pendaki wanita setelah bermula dari base camp.

Biasanya pendaki menghabiskan beberapa hari di khemah yang berbeza sebelum sampai ke puncak.

Muir mengalahkan rekod yang pernah dipegang oleh Bill Burke, yang menjadi orang Amerika tertua mendaki gunung pada usia 67 tahun pada tahun 2009.

Tsang berangkat dari base camp pada pukul 1.20 pagi waktu tempatan (0735 GMT) pada hari Sabtu dan sampai di puncak pada pukul 3.10 pada hari berikutnya, kata Gyanendra Shrestha, seorang pegawai pemerintah Nepal.

Dia mengalahkan rekod yang dicatat oleh wanita Nepal, Phunjo Jhangmu Lama pada tahun 2017, yang memanjat Everest dalam tempoh 39 jam 6 minit. – MalaysiaGazette