Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap ketika sidang media Mesyuarat Khas Pelaksanaan 'Total Lockdown' Fasa Pertama di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya .Foto HAFIZ SOHAIMI, 29 MEI 2021

PUTRAJAYA – Itu amaran tegas dari tidak akan berkompromi dengan mereka yang mengingkari SOP pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh selama dua minggu yang bermula Selasa ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya akan mengheret pesalah yang mengingkar SOP di sekatan jalan raya (SJR) ke mahkamah sekiranya mereka tidak mahu membayar kompaun atau mengulangi kesalahan.

“Tiada jalan lain, hukuman (mahkamah),” katanya selepas mempengerusiakn Mesyuarat Khas Total Lockdown Sektor Ekonomi dan Sosial di kementeriannya di sini hari ini.

Ditanya tindakan ke atas individu yang cuba merentas negeri cuba pulang ke kampung, menurut Hamzah, mereka tidak akan terlepas daripada pemerhatian penguatkuasaan.

“Tetapi pada pandangan saya, kalau dia dah tahu dua minggu lockdown, dia harus memintya kebenaran rentas negeri sekarang sebelum 1 Jun ini,

“Kita ada polis dan agensi penguatkuasa di merata tempat selain di SJR,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast