KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan kebimbangan tentang pergerakan besar-besaran yang masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikuatkuasakan.
Katanya, membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu usaha kerajaan untuk membendung wabak Covid-19 yang kini mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 9,020 kes.
“Duduklah di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting,” kata Dr Noor Hisham.
Tinjauan MalaysiaGazette di Plaza Tol Gombak petang ini mendapati kenderaan agak sesak terutamanya disebabkan oleh Sekatan Jalan Raya yang dikuatkuasakan di situ berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dua individu ditahan dan diarah berpatah balik kerana cuba merentas negeri dengan menggunakan alasan akad nikah.
Mereka bagaimanapun gagal mengemukakan dokumen berkaitan.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan para petugas SJR mendapati rata-rata pemandu mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Kerajaan akan melaksanakan total lockdown bermula 1 Jun ini selama dua minggu.- MalaysiaGazette
Cuba periksa kad pengenalan dengan surat MITI tu, betul ke urusan kerja atau balik kampung? Rasul sudah pesan, orang di kawasan wabak jangan keluar, dan diluar jangan masuk.