KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa kira-kira setengah jam berbual secara atas talian dengan rakan karibnya, Timbalan Ketua Antarabangsa Hamas, Hamidi Osamah Hamdan.
Beliau menerusi Facebooknya berkata, dalam perbualan singkat itu, banyak isu dibincangkan termasuk keadaan semasa di Gaza.
“Hari ini sekali lagi saya telah berkesempatan menghubungi sababat karib saya Hamidi Osamah Hamdan untuk bertanyakan keadaan di Gaza.
“Perbualan selama lebih dari setengah jam itu telah banyak kami bincangkan bersama, terutama berkenaan keadaan semasa di sana.
“Saya juga sampaikan salam dan menyatakan sokongan kami seluruh rakyat Malaysia kepada seluruh saudara seagama di tanah air Palestin,” katanya ringkas.
Beliau turut mendoakan seluruh rakyat dan negara Malaysia selamat, terpelihara serta diangkat Allah wabak Covid-19 secepat mungkin dari terus merebak. – MalaysiaGazette