KUALA LUMPUR – Sejumlah RM2.1 bilion peruntukan bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+).
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500.
Manakala isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 menerima kadar sebanyak RM300.
Golongan bujang pula akan menerima RM100.
Perdana Menteri berkata, BPR tambahan ini mula disalurkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun ini.
Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September sebanyak RM2.4 bilion. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: