Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rakaman perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen tempatan, malam ini.

KUALA LUMPUR – Perubahan norma hidup ekoran pandemik Covid-19 menyebabkan kehidupan masyarakat terpaksa beralih kepada pendigitilan.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah tiba masanya masyarakat khususnya golongan belia di negara ini untuk memainkan peranan penting dalam memacu serta menjayakan usaha pendigitalan nasional.

“Warga digital ini di negara kita, merangkumi 13.4 peratus atau lebih daripada 3.9 juta penduduk Malaysia.

“Justeru, sebagai generasi warga digital atau ‘digital natives’, saudara saudari sekelian memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu dan menjayakan usaha pendigitalan di negara kita,” katanya pada majlis pelancaran maya Program eBelia, hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah mempercepatkan peralihan itu berlaku.

Justeru itu, golongan belia di negara ini perlu segera mengorak langkah untuk mengadaptasikan usaha kerajaan untuk pendigitalan kerana hampir segala urusan dilakukan dalam talian kini.

“Sebab itulah salah satu Teras di bawah Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia adalah bagi mewujudkan masyarakat digital yang inklusif.

“Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) turut dirangka bagi memastikan kesalinghubungan di seluruh negara akan memacu pencapaian misi pendigitalan negara, serta visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya lagi.

Oleh yang demikian, Muhyiddin berkata, seiring dengan matlamat Belanjawan 2021, kerajaan telah menerapkan aspek digitalisasi dalam pelbagai urusannya, dengan sasaran pembayaran tanpa tunai (cashless) bagi semua perkhidmatan Kerajaan menjelang tahun 2022.

Dalam pada itu, program eBelia hari ini telah ditambah baik melalui program PEMERKASA, di mana nilai kredit telah ditingkatkan dari RM100 ke RM150 bagi setiap penerima.

Ini akan dipadankan oleh penyedia e-dompet melalui pelbagai inisiatif tambahan seperti baucar, pulangan tunai (cashback) dan reward points.

Kerahan itu, kerajaan memperuntukkan sejumlan RM300 juta bagi program ini yang akan menanfaatkan dua juta golongan belia di negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast