Lima pelanggan yang duduk makan di sebuah restoran yang beroperasi di dalam sebuah kompleks perniagaan terkemuka di ibu kota dikenakan kompaun berjumlah RM20,000 termasuk RM10,000 untuk pemilik restoran berkenaan kerana mengingkar arahan SOP PKP yang ditetapkan MKN.

KUALA LUMPUR – Lima individu dan pemilik gerai makanan dikompaun kerana pengingkari prosedur operasi standard (SOP), kata Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Azman Ayob.

Katanya, pemeriksaan pasukan pemantau polis yang terlibat dalam pemantauan Op Khas PKP memeriksa sebuah komplek perniagaan enam tingkat di ibu kota pada jam 12.45 tengahari tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati lima orang pelanggan sedang leka duduk menjamu selera di premis tersebut dengan melanggar arahan SOP PKP (tidak dibenarkan makan di premis makan).

“Tanpa kompromi kompaun terus dikeluarkan terhadap mereka iaitu RM20,000 atas kesalahan di bawah Peraturan 16 P.U (A) 243/2021 (PKP).

pemilik restoran yang membenarkan pelanggan duduk dan makan di premisnya tengahari tadi dalam sebuah komplek terkemuka ibu kota berjaya dikompaun RM10,000 oleh pasukan pemantauan pematuhan SOP polis Kuala Lumpur hari ini.Foto Ihsan IPK KL.

“Mengikut pecahan setiap pelanggan dikompaun RM2,000 manakala pemilik premis itu pula dikompaun RM10,000 kerana membenarkan pelanggan duduk dan menjamu di restorannya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan seperti ini akan terus dilakukan dari semasa ke semasa di seluruh ibu negara setiap masa.

“Jika berlaku sebarang perlanggaran,maka tindakan tegas akan diambil ke atas orang ramai yang gagal mematuhi SOP PKP demi memastikan usaha memutuskan rantaian Wabak Covid–19 ini berjaya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast