Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan ditempelak kerana meluluskan 128,150 syarikat untuk beroperasi dalam tempoh pelaksanaan total lockdown.

Angka itu melibatkan 1.57 juta pekerja.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu baru tiga hari selepas pelaksanaan total lockdown.

“Apa jadi lepas 7 hari?,” soalnya memandangkan ada 586,308 syarikat yang memohon.

Kata beliau, pasti banyak lagi syarikat yang akan diluluskan.

Menurut beliau, 1.57 juta pekerja itu mesti datang ke kedai runcit, pasar raya, restoran, 7-Eleven dan dobi dan ini menakutkan.

”Ini musibah bila seorang sahaja yang ada kunci pintu belakang. PM8 pegang kunci pintu mana?,” tanya beliau lagi.

Mohd Puad menambah: “Ismail Sabri jelaskan, dia tutup pintu depan sebab nak balik rumah. Setakat boleh tutup, tetapi tidak boleh kunci. Balik terus sahajalah. Jangan datang balik.

”Kunci pintu depan dan belakang orang lain yang pegang. Adat menumpang,” ujarnya. – MalaysiaGazette