KUALA LUMPUR – Selain kes positif dan kematian akibat jangkitan Covid-19 tertinggi, polis juga merekodkan kes penahanan individu ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh paling ramai semalam.
Mengikut rekod polis yang menjalankan Task Force Operasi Pematuhan, seramai 987 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 939 individu dikompaun, 47 direman, manakala seorang lagi dijamin.
Seperti biasa katanya, antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka seramai 218 individu, rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (196), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (135).
Membawa penumpang berlebihan (127), tiada penjarakan fizikal (125), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (68), aktiviti pusat hiburan (35), premis gagal patuhi arahan (12) dan lain-lain kesalahan (71 individu).
Mengenai Operasi Benteng kawalan sempadan negara, ujarnya, seramai 11 pendatang asing tanpa izin ditangkap dan sebuah kenderaan darat dirampas.
Katanya, sebanyak 184 bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 10 aktiviti penglihatan. – MalaysiaGazette
Ingkar SOP sebab dapat kuarantin free macam pati pulang cuti nanti masuk balik bayar sindiket mengaut untung sambil elak bayar visa supaya merugikan imigresen yang tetap jamin pati makan tanggung berak tong gratis aja dong.