KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 24 lagi kluster baharu dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster-kluster itu ditemui di Selangor dan Johor (5), Kelantan (3), Pulau Pinang dan Sarawak (2), Pahang (3) dan masing-masing satu di Sabah, Perak dan Putrajaya.
Katanya, kluster-kluster tersebut membabitkan 19 ditempat kerja manakala empat lagi komuniti dan satu pendidikan.
“Terdapat 683 kluster lagi yang masih aktif dan jumlah kluster yang ditemui setakat ini adalah sebanyak 2,261 kluster,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan terkini Covid-19 hari ini.
Bagaimanapun Noor Hisham memberitahu, jumlah keseluruhan kluster yang telahpun ditamatkan adalah sebanyak 1,578. – MalaysiaGazette