KUANTAN – Seramai 46 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sedang menjalani kuantin dan diletakkan dalam pemerhatian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

Katanya, pihaknya berasa simpati atas dugaan yang menimpa kepada pasukannya namun kagum melihat kesungguhan dan semangat yang dipamerkan untuk terus berjuang selepas bebas daripada Covid-19.

“Polis juga manusia biasa dan terdedah dengan ancaman Covid-19 apatah lagi mereka menanggung risiko ketika menjalankan tugas.

“Kebanyakan mereka dikuarantin 10 hari di PKRC ataupun rumah dan menjalankan ujian calitan pada kali kedua pula pada hari ketujuh menunjukkan keputusan negatif,” katanya selpas menyampaikan sumbangan kepada anggota polis di Kempadang hari ini.

Menurut Mohamad Noor, inisiatif Ziarah prihatin itu dilakukan sebagai menghargai sumbangan perjuangan mereka dan menzahirkan keprihatian kepada anggota yang menjadi mangsa Covid-19

“Agihan barangan Ziarah prihatin disampaikan melalui PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana) oleh Pegawai Daerah dan diluluskan sumbangan oleh kerajaan negeri.

“PDRM memohon melalui PKOB bagi mendapatkan kelulusan menyampaikan agihan seperti tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” jelas Mohamad Noor, ujarnya. – MalaysiaGazette.yakit dan turut sama menyampaikan sumbangan Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Nor Asmaliza Ku Lah.- MalaysiaGazette