Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib.

SHAH ALAM – Bapa kepada remaja perempuan yang hilang dan ditemui bersama teman lelaki di sebuah kondo di sini hari ini telah membuat laporan polis mendakwa anaknya dirogol.

Laporan itu dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam dan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

“Bapa kepada budak perempuan tersebut telah membuat laporan bahawa anaknya telah dirogol. Pihak kami akan teruskan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas pertuduhan merogol gadis di bawah umur.

Sebelum itu, menurut Baharudin polis berjaya mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 31 Mei lalu di sebuah kondominium di Padang Jawa di sini awal pagi tadi.

Menurutnya, ia hasil daripada Operasi Jejak yang dilancarkan pihaknya dan menjumpai remaja berkenaan kira-kira pukul 4 pagi ini.

Semalam, polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Seksyen 7 di sini yang ditularkan menerusi media sosial.

Menurut Baharudin, lelaki berusia 19 tahun itu turut ditangkap semasa remaja perempuan itu ditemui awal pagi tadi.

“Kita juga tangkap teman lelaki berusia 19 tahun dan dia akan direman,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Remaja perempuan hilang tinggal di kondo bersama teman lelaki

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast