Sebanyak 30 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu terutama melibatkan tempat kerja.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 17 daripadanya adalah kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan masing-masing satu berkait sektor pendidikan dan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster tersebut ditemui Sarawak (5), Negeri Sembilan (2), Pulau Pinang (1), Selangor (3), Johor (4), Terengganu (1), Pahang (2), Sabah (2), Kuala Lumpur (3) dan Perak (1).

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr. Noor Hisham berkata, dengan pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang setakat ini sebanyak 2,308.

Sebanyak 701 kluster yang direkodkan masih lagi aktif namun kluster yang telah ditamatkan adalah berjumlah 1,607. – MalaysiaGazette