.Pasukan Bertindak Operasi Pematuhan kini akan memfokuskan pemilik premis perniagaan dan sektor perkilangan.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pasukan Bertindak Operasi Pematuhan kini akan memfokuskan pemilik premis perniagaan dan sektor perkilangan.

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan daripada isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini melibatkan industri dan premis perniagaan yang tidak disenarai sebagai perkhidmatan perlu tetapi beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

“Kerajaan sentiasa memandang serius mengenai isu-isu pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sebagainya.

“Saya baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Strategi Pematuhan SOP Covid-19 hari ini bagi memastikan tindakan agensi penguatkuasaan dan pematuhan dalam kalangan pemilik premis perniagaan dan sektor perkilangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sehingga 1 Jun lalu, beberapa kementerian telah mengambil tindakan ke atas kilang-kilang dan premis perniagaan yang melanggar SOP seperti beroperasi lebih waktu, beroperasi dengan lebih 60 peratus pekerja dan beroperasi walaupun telah diarahkan tutup.

Justeru, kerajaan telah membuka talian hotline bagi membolehkan orang ramai membuat aduan melalui Malaysian Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-80008000, [email protected] atau emel ke aduan.pematuhan.mkn.gov.my.-MalaysiaGazette