Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui secara terbuka mengakui berminat membawa masuk tonggak kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools bagi memperkuatkan skuad Harimau Selatan. Foto Faceboo FAM.

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui secara terbuka mengakui berminat membawa masuk tonggak kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools bagi memperkuatkan skuad Harimau Selatan.

Jelas Tengku Mahkota Johor (TMJ), Cools yang juga pemain pertahanan kelab Denmark, FC Midtjylland berjaya memikat perhatiannya dan tahap permainan tonggak serba boleh itu berada pada kelas tersendiri.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Cools untuk membuat keputusan sambil mengakui masa depan pemain berusia 24 tahun itu cerah di pentas Eropah.

“Peringkat yang berbeza. Pemain yang bagus. Perancangan untuk bawa ke JDT sudah lama tetapi itu terpulang kepada pemain tersebut.

“Buat masa ini dia masih muda dan lebih baik bermain di Eropah di peringkat tertinggi seberapa lama yang beliau mampu,” katanya ketika menjawab soalan peminat di laman Story Instagramnya semalam.

Selain beraksi di Liga Denmark, Cools juga berpengalaman merasai saingan Liga Belgium serta turut membuat penampilan di Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dia juga pernah menyarung jersi skuad remaja Belgium dalam beberapa kejohanan antarabangsa sebelum memutuskan untuk memilih skuad Harimau Malaya di peringkat senior.

Begitupun penampilan sulung Cools bersama Malaysia berakhir kekecewaan apabila skuad negara tumbang 0-4 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast