KUALA LUMPUR – Amanat yang disampaikan Presiden PKR secara maya bagi menggantikan ucapan pada majlis perasmian kongres parti itu pada hari ini terganggu beberapa kali.

Amanat yang disampaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 11 pagi tergelanda menyebabkan terdapat dalam kalangan ahli PKR merasakan terdapat unsur sabotaj.

Gangguan berlaku ketika beliau menyentuh penularan Covid-19 dan cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskannya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Port Dickson itu muncul kembali pada sesi live tersebut hilang hampir 10 minit dengan menggunakan gajet milik isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika gangguan berlaku, Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta semua pihak bersabar ketika pihaknta berusaha mengatasi masalah teknikal.

Anwar yang muncul kembali menyambung ucapannya selama hampir sejam selepas itu.

”Dulu lagi teruk, saya pernah ada pengalaman dengan rejim terdahulu, masa hendak mulakan ucapan polis datang rampas terus mikrofon, itu lagi teruk.

“Ini perkara biasa, ganggu-ganggu sikit sahaja.

“Saya sambung kembali, kita fahamlah dengan sistem negara ini, saya tukar pula dengan iPad Azizah pula, ini bagusnya dengan maya ini,” kata Anwar.

Semalam, PKR diarah untuk menangguhkan kongres tahunan yang dijadual diadakan secara maya pada hari ini melalui sepucuk surat daripada Majlis Keselamatan Negara dan secara lisan melalui Jabatan Pendaftaran (ROS).

Bagaimanapun kata Nik Nazmi berkata, arahan itu bertentangan dengan surat PKR bertarikh 27 Mei lalu yang menyatakan parti itu tiada halangan terhadap penga sepenuhnya.

“PKR merakam bantahan keras tetapi terpaksa akur dengan arahan ini dan majlis pimpinan pusat membuat keputusan untuk menangguhkan kongres nasional parti ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian,” kata Nik Nazmi.

Semalam, Pemuda PKR (AMK) mengadakan kongres  melalui aplikasi Zoom dan ketuanya Akmal Nasir menyampaikan ucapan kepada lebih 200 perwakilan.

Sayap Wanita PKR turut  semalam, menjadikannya sayap PKR pertama bersidang dalam talian dengan diterajui Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh. -MalaysiaGazette