KUALA LUMPUR – Sebanyak 87 kes kes kematian direkod hari ini berbanding 109 kes semalam.
Berikutan itu, jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 3,378 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr, Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 34 kes kematian dilaporkan di Selangor diikuti Johor (12 kes), Negeri Sembilan (sembilan kes), Kedah (enam kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (lima kes).
Masing-masing empat kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing tiga kes di Kelantan, Terengganu, dan Pahang dan masing-masing dua kes di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan, ujarnya.
“Daripada angka kematian hari ini 83 orang mangsa adalah membabitkan warga tempatan manakala tiga kes mati melibatkan warga asing,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Menurut Dr. Noor Hisham, mengikut pecahan mangsa paling tua adalah warga emas wanita berusia 89 tahun dari Selangor yang mempunyai latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Selain itu, kartanya, seorang lelaki berusia 25 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit sawan dari Selangor merupakan mangsa termuda dan jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh.
“Daripada 87 orang itu, 51 mangsa adalah lelaki dan selebihnya wanita yang mana hampir keseluruhan mangsa mempunyai latar belakang penyakit kronik kencing manis, darah tinggi,obesiti, asma, sawan,strok, kanser, buah pinggang dan penyakit jantung.
“Malahan 74 daripada 87 orang yang meninggal dunia adalah tergolong dalam kategori umur 50 tahun hingga 89 tahun manakala selebihnya antara 25 tahun hingga 49 tahun iaitu lelaki berusia 49 tahun itu adalah lelaki tempatan yang meninggal dunia di Institut Perubatan Raspiratori HKL,” ujarnya.
Sementra itu. Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 6,241 kes dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 616,815 kes.
Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 14 kes import (5 warganegara, 9 bukan warganegara), manakala kes tempatan adalah seramai 6,227 kes (5,404 warganegara dan 823 bukan warganegara.
Dalam pada itu beliau memberitahu, jumlah kes sembuh adalah sebanyak 5,133 kes menjadikan kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 526,809 kes aktif berjumlah 86,628 kes.
Ujar beliau, sebanyak 890 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 444 kes memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette
















