A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutamanya netizen dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menggunakan aplikasi media sosial, kata Datuk A. Kadir Jasin.

Tokoh wartawan itu berkata, jika tidak berhati-hati kemungkinan mereka akan ditangkap kerana melakukan jenayah ‘ganas’ atau kesalahan rasuah.

“Berhati-hati guna media sosial. Anda boleh ditangkap lebih cepat daripada melakukan rasuah atau jenayah ganas,” katanya yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam laman Facebook .

Status itu mendapat pelbagai reaksi termasuk lebih beratus-ratus ‘likes’ dan dikongsi selepas dua jam ia dimuat naikd alam laman Facebook.

Seorang netizen bernama Enal Zainal menulis, Malaysia seolah-olah mempunyai dua ‘set’ undang-undang, bagi golongan berkuasa dan bergelar ahli politik.

“Hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal, rakyat bawahan tidak mempunyai akses kepada pembelaan, hukuman bukan lebih kepada pengajaran tetapi penzaliman,” dakwanya.

Aisyah Zahra pula berkata, beliau sudah fobia dengan media sosial.

Mnrisml mempersoalkan adakah media sosial  merupakanancaman kepada negara.

Bagaimanapun Juanita Adam berpendapat lebih elok golongan itu ditangkap daripada terus menulis posting ‘sampah’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast