Warga emas menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2021.

AGAK keterlaluan apabila pihak berwajib mengatakan doktor umum (General Practitioner) perlu diberi latihan suntikan sebelum dibenarkan memberi suntikan vaksin sedangkan semua vaksin kepada kanak-kanak dan dewasa seperti pergi haji dan typhoid diberikan kepada masyarakat oleh GP berbanding di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi suntikan adalah jururawat sahaja.

Sepatutnya pihak berwajib memudah cara prosedur vaksinasi ini agar masyarakat  lebih mudah mendapat vaksin dengan cepat lagi. Ada yang menyatakan GP tidak mahu terlibat dalam pemberian vaksin ini tetapi sebenarnya karenah birokrasi yang menyebabkan ramai GP menyepi kerana banyak prosedur yang perlu dilalui.

Kami sememangnya ingin membantu dari awal wabak lagi tetapi hasrat murni kami sering terhalang atas banyak alasan. Sepatutnya pada waktu sekarang kita hendaklah satu hati dalam dalam memerangi pandemik ini.

Baru-baru ini kami diberi peluang oleh KKM untuk merawat pesakit Covid-19 yang bergejala ringan. Kami amat berterima kasih cuma sekali lagi berharap agar segala perkara dipermudahkan agar lebih ramai lagi dalam kalangan GP boleh mengambil bahagian. Kalau boleh benarkan 7,000 GP membantu kerajaan..

Ada juga suara yang menyatakan pihak doktor-doktor yang menjadi punca dalam pemberian vaksin perlahan kerana memberi perspektif negatif. Di sini saya menyeru agar semua pihak melihat dalam perspektif positif.

Kita sepatutnya menyokong program vaksin ini bagi mengurang kemudaratan pendemik memandangkan kadar kematian sehari adalah semakin tinggi berbanding kadar kesan samping yang negatif selepas vaksin ternyata lebih rendah.

Jangan kerana kita, masyarakat menjadi menolak vaksin.

Selain itu, kami mengalu-alukan pendapat Jemaah Menteri berhubung harga ujian saringan Covid-19 kepada masyarakat. Fi yang yang ditetapkan adalah rendah sedangkan pihak kami terpaksa menanggung segala peralatan sampingan serta bayaran logistik serta bayaran-bayaran lain yang diperlukan.

Jadi dalam memberikan harag minimum secara terperinci akan dapat memberi keadilan kepada kami seterusnya mendapat membri faedah kepada masyarakat

Kadar pemeriksaan yang kami syorkan adalah sekitar RM120 hingga RM150 untuk RTK Antigen manakala bagi RT PCR adalah antara RM250 ke RM320.

Kami berharap agar kerajaan memberi kepercayaan kepada kami agar kami dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat Malaysia, selain warga asing yang berada di negara ini.

Dr Norzaidi Zakaria
PERDIM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast