Warga emas menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan memulakan Program ‘Outreach’ Vaksinasi Covid-19 di Rumah Jagaan Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) mulai Selasa ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 16 pasukan bergerak akan memulakan program ini bagi memastikan golongan warga emas dan OKU tidak tertinggal utk menerima vaksin.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran Twitter.

Antara premis yang terlibat ialah Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan, Pusat Jagaan Berlesen dan Rumah Jagaan Swasta tidak berlesen.

Terdapat 68 premis OKU di Selangor dan seramai 1,893 orang penghuni bersetuju untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast