KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melakar satu lagi sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai finalis untuk empat anugerah dalam tiga kategori Anugerah Green Gown Antarabangsa 2021. Senarai finalis tersebut di umumkan pada 28 Mei melalui laman sesawang greengownaward.org.

Tiga kategori tersebut adalah “Benefitting Society” membawa (ber)manfaat kepada rakyat, “Creating Impact” Mencipta Impak dan “Next Generation Learning and Skills” Kaedah Pembelajaran dan Kemahiran Generasi Baru

Untuk kategori Membawa Manfaatkan kepada Rakyat, projek yang tersenarai ialah “Malaysia Sejahtera Sport for all”. Bagi kategori Mencipta Impak, sebanyak dua projek juga terpilih iaitu “Making a difference for Sejahtera, Sustainability, Spiritually, Scenario” dan 2Lead4Peace.

Manakala bagi kategori ketiga iaitu Kaedah Pembelajaran dan Kemahiran Generasi Baru ialah projek UNGS 1201- Hybrid Flexible Transformative Learning for Edu-Action with Soul.

Rektor UIAM Tan Sri Prof. Emeritus Dzulkifli Abdul Razak berkata, ia adalah satu pengiktirafan besar buat universiti dan ia juga membuktikan segala usaha yang dilakukan oleh UIAM dalam perihal kelestarian ini mendapat perhatian dunia dan juga menunjukkan bahawa di UIAM ini persoalan mengenai kelestarian akan terus dicakna didalam warga UIAM dan juga masyarakat. ujar beliau.

“Apa yang diharapkan tahun ini kita akan peroleh kejayaan seperti tahun lepas dan ini membuktikan UIAM benar-benar serius dalam pembangunan kelestarian dari pelbagai aspek dan mampu bersaing dan tersenarai didalam dikalangan universiti-universiti di seluruh dunia dalam anugerah green gown antarabangsa ini,” katanya.

Anugerah ini mendapat sokongan daripada United Nation (UN) Environment, International Association of Universities (IAU) dan The Association of Commonwealth Universities (ACU) dan pPenganugerahan tersebut diberikan oleh Alliance for sustainability leadership in education (EAUC). EAUC adalah sebuah badan organisasi yang berpengkalan di United Kingdom(UK) yang mempunyai lebih 220 keahlian di kalangan universiti dan kolej yang menyokong kelestarian dalam sektor Pendidikan yang tidak terhad hanya di UK.

UIAM berada dalam senarai akhir bersama 51 universiti lain yang mewakili 23 buah negara termasuk dari Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Columbia, Mexico, United Kingdom dan Peru. Pemenang anugerah akan diumumkan pada 7 Julai 2021 yang dilakukan secara maya.

Pada tahun 2020 UIAM telah mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi universiti yang pertama di negara ini mendapat pengiktirafan dan menerima Anugerah Green Gown Antarabangsa. UIAM menerima anugerah tersebut dalam kategori Institusi Lestari Terbaik Tahun 2020. – MalaysiaGazette