Bintang tengah Liverpool akan berhijrah ke Paris untuk memulakan karier sebagai pemain PSG selepas Euro 2020 nanti.

LONDON – Impian kelab gergasi La Liga Sepanyol Barcelona untuk mengikat khidmat bintang tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum musnah apabila Paris Saint Germain merembat bintang Belanda itu terlebih dahulu.

Laporan mendakwa kelab gergasi Ligue 1 Perancis itu berjaya memenangi saingan mendapatkan pemain berusia 30 tahun itu secara percuma.

Wijnaldum tidak menyambung kontrak di Anfield walaupun dipujuk oleh pengurusan tertinggi the Kops sejak awal tahun ini.

Khabar angin menyatakan pemain itu akan menyertai the Catalans di Nou Camp setelah kontraknya tamat akhir Jun ini.

Bagaimanapun jangkaan itu tidak tepat apabila PSG dilaporkan telah menawarkan kontrak yang lebih lumayan yang berjaya memujuk pemain itu untuk meneruskan kariernya di Paris.

Pengurus terbaharu Mouricio Pochettino dikatakan memainkan peranan utama dalam keputusan pemain itu.

Wijnaldum yang kini dalam tugas antarabangsa bersama Oranje melakukan 237 penampilan bersama Liverpool dan menjulang Piala Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga Juara-Juara Eropah musim 2019/2020.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast