Sri Raja Muniswarar Temple at Taman Bersatu, Kuala Kedah demolished Exclusive interview with the Menteri Besar of Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor at The Gardens Hotel and Residence, Kuala Lumpur. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette racist Indian Thaipusam Hindu Temple
Muhammad Sanusi Md. Nor

SEBERANG PERAI – Polis sudah merakamkan keterangan lima individu bagi membantu siasatan dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang dikatakan memandu uji kenderaan dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, keterangan Menteri Besar Kedah juga akan diambil ekoran dakwaan beliau berbuat demikian di sebuah pusat pameran kenderaan di Autocity Juru di sini Ahad lalu.

“Setakat ini keterangan jurujual dan saksi sudah dirakamkan dan keterangan Menteri Besar Kedah akan diambil untuk siasatan lanjut.

“Kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

BACA: Polis siasat dakwaan MB Kedah ‘test drive’ kereta ketika PKP Penuh

Semalam MalaysiaGazette melaporkan pihak polis membuka kertas siasatan ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan pandu uji kereta baharu di Juru Autocity di sini.

Shafee berkata, siasatan itu dibuat selepas beberapa keping gambar menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri itu memandu uji sebuah kenderaan tular di media sosial.

Jelas beliau, siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan/ Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan)2021. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

MB pi jengok kereta tu, bukan pi nak beli – Setpol