Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif Covid-19 pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-22 telah menunjukkan penurunan sebanyak 1,379 kes atau 2.6 peratus berbanding ME ke-21, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, situasi ini susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 oleh kerajaan bermula pada 12 Mei lalu.

Namun dalam tempoh sama jelas beliau, jumlah kes aktif didapati terus meningkat berikutan peningkatan kes yang mendadak pada ME ke-20 dan ME ke-21.

“Pada awal ME ke-21 (23 Mei 2021), jumlah kes aktif adalah sebanyak 57,022 kes dan pada awal ME ke-22 (30 Mei 2021), ianya meningkat kepada 78,017 kes (peningkatan sebanyak 20,995 kes atau 37 peratus).

“Meskipun terdapat penurunan 2.6 peratus kes mingguan, namun jumlah kes aktif masih terus meningkat. Pada 8 Jun 2021, jumlah kes aktif Covid-19 yang masih dalam rawatan dan pemerhatian adalah sebanyak 82, 797 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette