Gianluigi Donnarumma.

LONDON – Selepas berjaya memintas Barcelona dalam mendapatkan Georginio Wijnaldum, kini Paris Saint Germain (PSG) sedia menewaskan kelab La Liga itu sekali lagi untuk mendapat Gianluigi Donnarumma.

Penjaga gol utama PSG, Keylor Navas berpendapat kelabnya sukar menolak peluang untuk mendapatkan pemain seperti Donnarumma apabila memiliki peluang berbuat demikian.

Donnarumma kini merupakan penjaga gol nombor satu skuad kebangsan Itali dan baru berusia 22 tahun.

PSG juga sedia menawarkan gaji lebih tinggi daripada yang ditawarkan Juventus dan Barcelona.

Ejen Donnarumma, Mino Raiola sebelum ini menolak tawaran AC Milan kerana mahukan tawaran minimum €10 juta semusim untuk pemain tersebut.

Namun Juventus dilaporkan hanya menawarkan €8.5 juta semusim walaupun Donnarumma sebelum ini dilaporkan bersetuju namun kini telah berubah fikiran.

Wartawan popular perpindahan pemain, Fabrizio Romano juga mengesahkan Donnarumma kini menuju ke PSG dan meminta jersi 99 daripada kelab tersebut.

Sebelum ini Donnarumma dikaitkan dengan beberapa kelab antaranya Juventus dan Barcelona.

Walaupun laporan sebelum ini menyebut Donnarumma hampir pasti menjadi milik Juventus, namun perkembangan rundingan antara pemain itu dengan Juventus dilihat agak perlahan.

Barcelona pula mula mempertimbangkan mahu mendapatkan Donnarumma walaupun kelab itu sudah ada penjaga gol berkelas dunia, Ter Stegen. – MalaysiaGazette