KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 lagi kluster Covid-19 baharu ditemui dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 13 daripada kluster itu melibatkan tempat kerja manakala, satu kluster komuniti dan satu lagi institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.
“Lima daripada kluster itu ditemui di Selangor, dua di Sabah dan Kelantan serta masing-masing satu di Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Johor, Kedah dan Putrajaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 2,400 kluster telahpun ditemui dan kluster yang telahpun ditamatkan berjumlah 1,666.
Bagaimanapun Noor Hisham memaklumkan, terdapat 734 kluster lagi didapati masih aktif. – MalaysiaGazette