Minister of Health Datuk Seri Dr Adham Baba (left) and the Minsiter of Science, Technology and Innovation cum the Coordinating Minister of the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar at a joint-news conference full scale MCO Selangor
Minister of Health Datuk Seri Dr Adham Baba (left) and the Minsiter of Science, Technology and Innovation cum the Coordinating Minister of the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar at a joint-news conference

PUTRAJAYA – Seramai 2,256,257 warga emas telah mendafra untuk menerima vaksin pada fasa kedua.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,909,266 individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 151,309 dos telah diberikan kepada warga Malaysia semalam, bilangan tertinggi setakat ini.

Angka itu akan ditingkatkan kepada 200,000 dos sehari menjelang hujung bulan depan, ujarnya.

“Cabaran kita adalah untuk pastikan kita konsisten untuk dapatkan kadar lebih 150,000 dos sehari dan sasaran menjelang Julai untuk kita dapat capai 200,000 dos sehari,” kata Khairy  pada sidang media mingguan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata,sebanyak 12,774,132 individu yang berumur 18 tahun ke atas telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Manakala seramai 4,129,168 individu secara keseluruhan pula telah mendaftar bagi program pemberian vaksin fasa kedua, jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast