Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampng Jambu pada Program Agihan Bakul Makanan Prihatin di Kampung Sungai Melut. Foto HAFIZ SOHAIMI,09 JUN 2021.

SEPANG – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengutamakan pemimpin Orang Asli untuk menerima vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak berkenaan dalam masyarakat berkenaan di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, ini kerana pemimpin seperti Tok Batin dan  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan vaksin bagi mengatasi penularan virus itu.

Jelas beliau, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ketika ini masih mempunyai ruang dari segi pendaftaran untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang vaksin untuk keselamatan rakyat.

“Saya berharap dapat memberi keutamaan di kalangan pemimpin Orang Asli seperti Tok Batin dan Pengerusi JPP untuk menerima vaksin dalam memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Kementerian akan terus mewarwarkan program vaksin kepada rakyat Malaysia kerana dari pendaftaran masih ada lagi ruang untuk mempertingkatkan kepentingan vaksin demi keselamatan rakyat,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun ketika sidang media pada Program Agihan Bakul Makanan Prihatin di Kampung Sungai Melut. Foto HAFIZ SOHAIMI,09 JUN 2021.

Beliau berkata demikian kepada media selepas program penyerahan bakul makanan kepada kumpulan sasar KPWKM di Dengkil di sini hari ini.

Seramai 1,663 keluarga Orang Asli menerima bakul makanan itu yang merupakan program Kerjasama KPWK bersama abatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Mengulas lanjut, Rina memberitahu, program bakul makanan itu akan menyatuni 62,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara sebagai tanda prihatin kerajaan kepada masyarakat.

Jelas beliau, kerajaan akan memastikan tiada rakyat yang akan terpinggir dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang dilaksanakan ketika ini. – MalaysiaGazette

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menyampaikan sumbangan kepada penduduk pada Program Agihan Bakul Makanan Prihatin di Kampung Sungai Melut. Foto HAFIZ SOHAIMI,09 JUN 2021.